Posts

Sharing is caring.

Assalamualaikum/Salam sejahtera, Ini adalah posting pertama saya untuk berkongsi mengenai kebankrapan. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai bekas Pegawai Insolvensi yang ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes kebankrapan serta penggulunggan syarikat.  Setelah melepaskan jawatan sebagai Pegawai Insolvensi dan menjadi pengamal undang-undang, saya rasakan perlunya saya untuk berkongsi atau memberi pencerahan kepada masyarakat yang terlibat di luar sana mengenai perkara ini. Berada dalam situasi status bankrap adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan. Walaupun ianya merupakan suatu perlaksanaan hukuman yang tidak memperuntukan hukuman penjara atau denda tapi ianya memberi kesan yang amat mendalam kepada individu yang melaluinya. Masih teringat semasa pengalaman saya mengendalikan kes-kes kebankrapan di cawangan Selangor sekitar tahun 2007 sehingga November 2015. Ianya satu tugasan yang mencabar kerana ianya terpaksa saban hari berdepan dengan pel
Recent posts