Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Ini adalah posting pertama saya untuk berkongsi mengenai kebankrapan. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai bekas Pegawai Insolvensi yang ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes kebankrapan serta penggulunggan syarikat.
Setelah melepaskan jawatan sebagai Pegawai Insolvensi dan menjadi pengamal undang-undang, saya rasakan perlunya saya untuk berkongsi atau memberi pencerahan kepada masyarakat yang terlibat di luar sana mengenai perkara ini.
Berada dalam situasi status bankrap adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan. Walaupun ianya merupakan suatu perlaksanaan hukuman yang tidak memperuntukan hukuman penjara atau denda tapi ianya memberi kesan yang amat mendalam kepada individu yang melaluinya.
Masih teringat semasa pengalaman saya mengendalikan kes-kes kebankrapan di cawangan Selangor sekitar tahun 2007 sehingga November 2015. Ianya satu tugasan yang mencabar kerana ianya terpaksa saban hari berdepan dengan pelanggan yang hadir ke pejabat insolvensi dengan seribu satu cerita sedih mereka.
Jesteru itu, saya amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan serta memberi pendapat mengenai apakah yang harus dilakukan sekiranya anda telah dibankrapkan atau dalam proses untuk dibankrapkan.
Saya berharap dengan wujudnya blog ini dapat saya memberi khidmat nasihat mengenai perkara ini kepada masyarakat di luar sana.
Jika ada sebarang persoalan, sila ajukan soalan anda diruang komen di bawah.
Comments
Post a Comment
Please leave your comment here.